Thursday, September 28, 2006

Tangkap perhatian prospek


Jualan ataupun sales adalah suatu seni.Salesman adalah ibarat seorang pelukis.Melukis dari secalit warna,menghabiskan berjam-jam melukis hingga 2 atau 3 hari sehingga menjadi sebuah lukisan indah..sebuah karya...
Menjual juga adalah kompleks dan mencabar seperti melukis. Penjual professional perlu benar-benar memahami cara bagaimana membantu pelanggan/prospek berjaya didalam perniagaan mereka.Zaman sekarang,kejayaan jualan adalah tertakluk kepada cara bagaimana kita mencorakkan 'value' ataupun 'Nilai' produk/servis yang dapat membantu serta memberi kebaikan kepada pelanggan. Salesman juga selain daripada perlunya menjadi 'pemburu hebat', penjual professional dizaman ini MESTI faham bagaimana 'Menambah Nilai' dari kacamata pelanggan.

Jadi,bagaimana hendak 'menangkap' prospek???

Pertama- Fikir seperti orang bisnes dan tahu key indicator dalam melihat data perniagaan.Penjual sekarang bukan macam 20 tahun dahulu.Penjual perlu melihat bagaimana barang/servis dapat menambah serta memperbaiki keuntungan syarikat.Adakah dengan membeli barangan, customer dapat berjimat 10% sebagai contoh.Adakah servis anda akan memendekkan proses pembinaan seterusnya mengurangkan kos pembinaan bangunan dan sebagainya.Penting : APA KEBAIKAN KEPADA PELANGGAN.

Kedua-MESTI tahu berkenaan produk /perkhidmatan yang kita jual dari A-Z. Pengetahuan menunjukkan tahap professionalisma kita sebagai penjual.Pelanggan akan lebih YAKIN dan berasa selesa kerana penjual adalah pakar.Jadi sebelum kita lepaskan anak-anak buah sales kita ke pasaran,MESTI bekalkan mereka dengan latihan dan info yang mencukupi dahulu.Adalah tidak bagus jika penjual tidak dapat menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh bakal pembeli.Lagi tidak bagus jika soalan itu adalah 'basic' dan tidak dapat dijawab.

Ketiga- "First Impression"
Ini adalah penting.Lebih-lebih lagi penjual baru pertama sekali bertemu bakal pelanggan. Masa appointment PERLU dijaga-datang 5 atau 10 minit awal. Pakaian -kemas dan elok. Kit Jualan - kad bisnes,profil syarikat,katalog barangan/servis dsbnya perlu lengkap dan 'presentable'.Pandangan Pertama itu penting.Ingat!

Keempat- Bersedia dengan Presentation
Penjual perlulah senantiasa siap sedia untuk membuat 'sales presentation'.Perlu ada beberapa jenis perbentangan (sangat pendek-2/3 minit),(Sederhana- 15minit)atau (Penuh -30 minit). Ini perlukan latihan dan skill ini hanya dapat diasah melalui 'day to day' appointment dengan bakal pelanggan.Sentiasa pastikan pelanggan mendapat yang terbaik dari anda setiap masa dimana jua.

Didalam setiap proses menangkap perhatian prospek, penjual juga serba sedikit dapat mengetahui tentang potensi pembeli tersebut.Cuba juga membuat 'closing' diantara perbincangan (tertakluk kepada jenis barangan/servis).

Akhir sekali ,ini mesti ada pada setiap penjual.Dalam apa keadaan sekalipun, penjual PERLU sedaya upaya mendapatkan jualan (CLOSING THE SALES).Jika bukan pada kali ini, penjual perlu mencuba lagi dilain masa.MESTI Berjuang mendapatkan jualan....BERJUANG SEPENUH HATI...insyaallah anda berjaya.....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 

Free Blog Counter