Price Review / Penilaian Harga oleh Pelanggan

Tajuk ini amat menarik perhatian kerana baru-baru ini saya berhadapan dengan situasi ini.
Bagi peniaga atau orang sales, perkara ini mencetuskan beberapa kebaikan dan keburukan. Bagi pelanggan pula, biasanya praktis ini adalah untuk sebagai salah satu cara syarikat menjadi lebih baik dari segi pengawalan kos.Pada saya, perkara ini mencetuskan dilema....lebih-lebih lagi kepada sales person.
Jadi apakah jalan yang terbaik menghadapi situasi ini?
Bagi diskaun atau tidak ?
Jika tidak bagi diskaun,apakah implikasinya terhadap bisnes sedia ada? Adakah pelanggan akan mencari alternatif yg lebih murah (bermakna kehilangan bisnes!)...atau adakah faktor-faktor lain lagi yang dapat kita ketengahkan bagi MENIDAKKAN penurunan harga?
Adakah barangan /perkhidmatan kita senang atau susah dicari? Jika senang dicari bermakna senang diganti...BERBAHAYA posisi kita nanti.....PERLU kita mengkaji dan membuat justifikasi yang TERBAIK...
Dalam pada itu, saya juga ternampak peluang dari peristiwa ini....
Jika semua barang hendak di kurangkan kos, bermakna saya juga berpeluang menambahkan jenis barangan/perkhidmatan kepada pelanggan.Ada juga sedikit harapan bagi menangani harga yang menurun...dengan erti lain,kita dapat peluang untuk meningkatkan 'sales revenue' dengan benda-benda yang baru....Harapnya dapatlah kita 'sedikit tempias'.
Jadi kadang-kadang disebalik benda negatif terselit juga perkara positif...MEMANG ada betulnya!!!!
0 Comments:
Post a Comment
<< Home