Pentingnya Eksekutif Jualan Yang Cemerlang
Salam semua,
saya pasti semua pemilik perniagaan tahu akan kepentingan jualan ataupun 'Sales'.Tanpa jualan, bisnes tidak akan maju dan tidak berkembang. Jadi untuk memastikan syarikat terus hidup dan maju ,faktor jualan memanglah PERLU dititikberatkan.
Salah satu aspek yang penting dan boleh juga dianggap 'nukleus' bagi syarikat adalah Eksekutif Jualan atau sales executive. Orang sales dianggap sebagai penjana utama didalam menentukan halatuju perniagaan.Tetapi,walaubagaimana penting pun semua pemilik syarikat TIDAK boleh tahu samada seseorang sales executive itu boleh menjual ataupun tidak....Ia adalah sesuatu yang sangat subjektif.
Kadang-kadang waktu temuduga,cakap bukan main ber'habuk' lagi..tetapi bila keluar buat jualan..'habuk pun tarak'..
Sebenarnya 'Sales Executive' bukanlah hanya perlu pandai bercakap atau 'kecoh'.
Seseorang sales yang baik ada banyak 'traits'.
Gerak kerja yang teratur.Lengkap dengan sales kit setiap kali berjumpa pelanggan.Berketerampilan menarik.Pandai bergaul.Pandai mengambil hati pelanggan.Boleh dipercayai dan sebagainya....
Paling penting benda asas yang ada pada eksekutif jualan yang baik adalah 'buku nota' yang senantiasa ada dipoket mereka..tidak lupa juga pen.Ini adalah benda basic/asas jika kita menjadi orang sales.
Bukannya apa..buku nota penting untuk mencatat apa sahaja yang dirasakan penting.Kadangkala pelanggan tidak bawa biz card,jadi nombor pelanggan masih boleh dicatatkan.Benda yang kecil tetapi penting...cubalah tengok sekeliling terutamanya peniaga Cina...kebanyakkan mesti ada buku nota dan pen...
Berbalik kepada tajuk Sales Executive yang cemerlang tadi.Nak cari yang cemerlang memang payah..kebanyakkannya merapu dan kurang komitment. Apalagi kerja sales ini adalah suatu tugas yang mencabar minda dan tenaga kita,kadang-kadang masa juga terpaksa dikorbankan.
Jadilah sales executive yang effektif...perlu tahu bila nak buat prospecting, bila nak service pelanggan, bila nak intai competitor, perlu tahu perkembangan pasaran dan sebagainya.Pendek kata orang sales mesti cergas! Mesti tahu semuanya.
Sales eksekutif yang baik tahu perkembangan industri, orang-orang yang berkaitan, pelanggan baik yang sediada mahupun bakal pelanggan.Mesti 'Master' berkenaan produk dan servis.Responsif dan bertanggungjawab. Sentiasa bersedia bila dipanggil pelanggan. Memegang janji kepada pelangan dan sebagainya.
Eksekutif Jualan yang CEMERLANG mampu menjana pendapatan syarikat dan berkembang bersama-sama syarikat.
Orang kata-Sales Executive yang CEMERLANG jarang lekat di satu syarikat...mungkin betul juga...mungkin mereka dapat 'Better Offer' dari orang lain.
Perlu diingat juga kepada business owner supaya dapat menilai sales executive yang bagus dan menjaga kebajikan mereka selalu..insyaallah mereka akan kekal dengan syarikat.Jangan buat-buat tak tahu dengan kecemerlangan mereka, nilaikan mereka dengan sewajarnya.Berilah apa yang patut,jangan lokek.INGAT- mereka ini menolong dan menyumbang kepada pendapatan syarikat....
SIMPAN & BELA yang bagus!!!
Buang yang berdolak-dalik...tiap2 bulan sales=ZERO!!!
Buang yang berdolak-dalik...tiap2 bulan sales=ZERO!!!
0 Comments:
Post a Comment
<< Home