Raya -Petunjuk Keadaan Ekonomi Sekarang
Sudah agak lama saya tidak menulis di dalam blog ini. Juga rasanya masih sempat saya ucapkan 'Selamat Hari Raya AidilFitri'....MAAF ZAHIR & BATIN.
Tahun ini rasanya kita semuanya rata-rata dapat beraya agak lama di kampung, lebih kurang seminggu (dapatlah berbuka puasa 1-2 hari dan beraya 3-4 hari di kampung). Syukur alhamdullillah kerana kita semua masih dapat meraikan AidilFitri tahun ini.
Jika kita perhatikan dengan teliti, Raya selalunya ada kaitan dengan keadaan ekonomi dan seterusnya dapat menunjukkan cuaca bisnes pada masa sekarang ini.
Tahun ini ada juga saya berbelanja di Kompleks PKNS,Shah Alam. Saya memang suka ke sana kerana ada banyak pilihan barangan berkaitan Hari Raya. Ramai orang...tetapi tidak berapa ramai seperti tahun-tahun sudah. Saya pun seperti kebanyakkan orang,berbelanja ala kadar (apa yang perlu sahaja), maklumlah duit raya sikit tahun ini....:)... Secara rambangnya, barangan semakin mahal dari baju raya,songkok,tudung dan sebagainya....ingat nak beli kek lapis Sarawak...mak aiihh...satu bijik dijual dengan harga RM100!...Penyudahnya tak jadi beli sebab rasa mahal sangat la pulok....
Ada juga saya bersembang-sembang dengan penjual di sana, rata-rata mengatakan yang jualan tahun ini agak lembab.Pertamanya,harga barang naik...keduanya,pelanggan tidak 'kuat' berbelanja...
Balik kampung beraya, tahun ini persiapan di kampung juga ala kadar.Kuih raya juga tidak berapa banyak. Yang paling ketara adalah 'collection' duit raya kanak-kanak juga berkurang...kalau tahun lepas biasa dapat RM5, tahun ini turun ke RM2...ada juga RM1...Saya rasa ini juga ada kaitan dengan keadaan ekonomi tahun ini.Maknanya duit raya tahun ini semakin kurang atau nilai duit semakin kecil???
Yang kelakarnya,ada seorang kenalan tahun ini menukar strategi....tahun lepas duduk dirumah,menunggu sanak saudara datang beraya..Mengikut beliau kalau nak dikira,boleh tahan juga belanjanya..ialah air sirap,nasi minyak ke,lauk-pauk ke....boleh tahan jugak tu!....Jadi, dengan mengambil perkiraan perbelanjaan tersebut,yang semakin tinggi..beliau telah menukar strategi iaitu keluar beraya ke rumah orang pulak...Jimat banyak katanya...heh..heh...!!!
Lepas raya, kembali bekerja,kembali berniaga dan sebagainya...Keadaan masih sama juga, rata-rata orang meniaga kata "BISNES SLOW!!!"..."TAK ADA BISNES"..."Teruk"...dan sebagainya....
Mungkin ke tak lama lagi kita akan terkena 'EKONOMI MELESET' ?...Bersedialah dari sekarang....
Meleset ke tak meleset....raya tetap raya....pasti ada kemeriahan raya walaupun tak berapa manis tahun ini...wallahualam...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home